Tuesday, October 13, 2009


Daging yang baru dilapah amat sedap rasanya bila dipanggang. Tidak sama dengan daging kijang atau rusa pelihara.
Sama-sama nikmati hasil buruan

Sunday, October 11, 2009

ANIH TAPI BENAR

Bicara kembali dalam berburu. Disini ingin saya kongsi bersama dengan kaki memburu,bolih dinyatakan dalam ruang komen yang disediakan dan saya abadikan dalam blog saya untuk kita tatapkan bersama sebagai satu pengelaman semasa pergi memburu.
Disini ingin saya ceritakan perkara-perkara anih yang berlaku sepanjang pengelaman saya pergi berburu. Perkara ini anih tapi betul berlaku:-

1) Pada satu hari kawan saya pergi berburu ayam hutan bersama temannya, disebuah ladang kelapa sawit. Jam 6 petang dia pun balik kerumah masing-masing dengan hasil buruan yang memuaskan. Selepas 30 minit saya dapat telipon dari isterinya mengatakan kawan saya tadi dah sampai rumah tapi tidak berhenti berkokok seperti ayam walaupun isterinya bertanya sesuatu tapi ia tetap berkokok. saya pun bergegas kerumahnya, setibanya ia tetap berkokok. Alhamdullillah, selepas ia mandi dan bersihkan badan dan sembahyang bersama barulah ia kembali normal. ANIHKAN. Bolih komen atau ceritakan pengelaman anih yang lain jika ada.

2) Ada seorang pemburu veteran agak dah berumur. Dia ada kelebehan berburu dengan cara boleh memanggil buruannya datang kepadanya sehingga dia dapat menembaknya. Adakah kerana masa itu binatang buruan masih banyak ataupan ada sesuatu kelebehan padanya. Tapi anih juga keadaan begitu.Mungkin ada pendapat lain ,boleh komen untuk kongsi pengelaman.

3) Saya pernah berburu bersama seorang pemburu lama.Kami berjalan disatu lorong didalam hutan,tiba-tiba saya ternampak seorang petani bawa cangkul untuk kekebunnya, agakan saya, Tapi kawan saya tadi terus angkat senapangnya dan menembak orang itu, selepas itu dia minta saya pergi menyembelihnya,apabila saya hampirinya, memang benar apa yang ditembaknya itu adalah seekor rusa dan sayapun menyembelihnya dengan bantuannya. Saya rasa anih juga.

4) bersambung jika ada komen atau cerita dari pemburu lain.

Gembira menyertai sama pergi memancing.

Hasil memancing dari Isteri. Ikan siakap merah berat 645gm.

Tuesday, October 6, 2009


Inilah hasil memancing. berat hanya 500 gram tapi sedap untuk dimakan. Untuk dua orang sudah memadai.

Sunday, October 4, 2009

SYARAT BERBURU

Dalam negara kita, berburu mempunyai syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan sama juga dengan negara-negara lain didunia ini. Syarat yang pertama kita mesti mempunyai lesen untuk berburu. Untuk mendapatkan lesen tersebut dari jabatan PERHILITAN terlebih dahulu,lesensenjatapi kita ada di catat 'memburu' untuk membolehkan dapat catatan memburu pada lesen senjatapi pula kita kena mohon pula dengan kontijen Polis Negeri melalui balai polis daerah masing-masing. setelah semua kelulusan telah diperolehi barulah kita bebas untuk pergi berburu. Binatang yang dibenarkan kita menembak juga telah ditetapkan oleh jabatan Perhilitan ,bukan semuanya boleh. ada yang dikawal sepenuhnya. Musim dan masa ditetapkan juga ,tidaklah boleh ikut sesuka hati kita sahaja. Contoh binatang seperti Rusa dan kijang hanya dibenarkan pada bulan November sahaja ia itu dalam tempoh satu bulan dan untuk seekor. Pelanduk pula 10 ekor musimnya dari mei hingga september,dan waktu yang dibenarkan dari 6 pagi hingga 6 petang. Ada juga kawasan yang dilarang untuk berburu seperti ditaman negara di negeri Pahang.KESERONOKAN BERBURU kita dapat merasai kepuasan ketika mencari hasil buruan apatahlagi bila bertemu dan dapat hasilnya seperti rusa,kijang,ayam hutan,pelanduk,kancil.landak dan jenis burung. Kita boleh nekmati dagingnya dengan cara dipanggang,digoreng,masak kari,buat rendang dan lain-lain lagi masakan.Kita tidak boleh dapat dipasaran terbuka kecuali pada waktu-waktu lesen sahaja,itu pun amat terhad sekali.Semasa aktiviti mencari pula sungguh mencabar,hutan sasaran utama tempatnya,kawasan-kawasan berbukit di air terjun ditepi-tepi sungai ketika itu kita dapat nikmati keindahan flora dan fauna dengan udara yang nyaman dan bersih yang tidak bolih di perolehi dibandar-bandar. Sunggoh menyeronokan dan hilang rasa runsing. Kita boleh juga menjual hasil buruan tersebut dengan syarat dapatkan permit menjual dari jabatan Perhilitan terlebih dahulu. Walaupun kos hobi berburu ini amat besar,apa tidaknya dengan kenderaan pacuan 4 roda, bot berinjin,senapang dan peluru dah pasti kena ada dan lain-lain peralatan memasak dan kemah, yang ini sahaja dah hampir puluhan ribu wangnya tapi masih ramai yang meminatinya.Tapi harus beringat di samping keseronokan tak lepas juga dari perkara-perkara yang MEMBAHAYAKAN DIRI .
Maklumlah dalam hutan belentara,jalan berbukit-bukit,gaung disana sini,merentasi sungai dan lopak-lopak jalan berbatu dan berbukit bukau, semuanya ini mengundang kepada bermacam bahaya yang tidak dapat dielakan. Pernah satu kejadian dimana kenderaan pacuan 4 roda kami terbalik dan jatuh kegaung, Alhamdulillah kami semuanya terselamat. Dikejadian lainnya pula bot kami pernah terbalik ketika membawa seekor rusa disebuah sungai yang berjeram dan deras airnya. Seringkali juga kita terdengar ada yang tertembak sesama sendiri. Ini kerana kecuaian diri sendiri,tidak cukup pengelaman,gopoh,tak sabar, tamak dan pentingkan diri sendiri dan tak mahu dengar nasihat orang yang dah lama dalam bidang berburu. Ingin disini kita kongsi bersama,kepada yang ingin menceburi hobi ini, pertama kali belajarlah dahulu cara-cara mengguna senjatapi dengan selamat. Disini ingin saya bagi beberapa cara yang selamat untuk mengendalikan senjatapi :-Pertama pastikan peluru tidak ada dalam berel/laras ketika senjata tidak digunakan. Berel sentiasa keatas atau kebawah ketika dibawa berjalan.Senjata sentiasa dalam keadaan baik,lesen hendaklah diperbaharui tiap tahun untuk di baik pulih oleh pihak polis bahagian senjatapi.KETIKA BERBURU lihat sasaran dengan jelas sebelum memetik pacu/treger. Ingat rezeki ditangan ALLAH kalau ada rezeki pasti dapat,tak perlu gopoh,hendaklah sabar,tenang dan berhati-hati. INI ADALAH KEJADIAN SEBENAR UNTUK KITA KONGSI BERSAMA YANG PERNAH SAYA DENGAR DAN ALAMI SEMASA SAYA PERGI BERBURU:
1) Kejadian pada waktu magrib anak seorang keluarga asli sedang gali ubi keledek didepan rumahnya,tiba-tiba ayahnya dengar bunyi senapang,bila dia keluar rumah nampak kawannya sedang pegang senapang dalam keadaan terkejut bila ditanya,dia kata tertembak,dia sangka babi sedang makan ubinya. Anaknya mati dalam perjalanan ke Hospital.

2) Kejadian pada waktu pagi,didalam hutan.Masing-masing sudah berada ditempat yang ditetapkan oleh ketua pemburu. Sekejap je bunyi suara anjing menyalak kejar rusa. Tiba-tiba senapang meletup,.bila dilihat bukannya rusa tapi kawan sendiri yang melintas kawasan tersebut. Mangsa tersebut mati juga dalam perjalanan kehospital.

3) Kejadian pada waktu malam,pada bulan ramadan ketujuh,seorang ayah pergi menyuluh dengan anak menantunya,tiba di persimpangan ayah mertuanya pusing kekanan anak menantunya tunggu di persimpangan,apabila ayahnya balik semula ke persimpangan dia ternampak mata rusa lalu menembaknya, apa yang kena adalah anak menantunya. Mangsa
mengalami buta sebelah mata dan lumpuh sebelah tangan dan masih hidup hingga sekarang.

4) Kejadian waktu subuh, seorang pekebun bangun pagi untuk melihat pokok cempedaknya. Setibanya dipokok tersebut dia lihat ada beruang diatas pokok tersebut lalu menembaknya, bila jatuh kebawah dilihatnya orang . Difahamkan orang itu sedang tahan getah burung diatas pokok tersebut.

5) Kejadian waktu petang ,ramai pemburu sedang berbaris ditepi jalan untuk menunggu burung punai balik ketempat tidurnya,sementara menunggu seorang pemburu berdiri ditepi jalan sambil meletak hujung senapangnya di atas hujung kasutnya sambil berbual-bual dengan kawannya,dengan tidak disedarinya jarinya memetik pacu senapangnya lalu meletup dan kena pada hujung jari kakinya, bergegas kawannya bawa kehospital.