Bicara kembali dalam berburu. Disini ingin saya kongsi bersama dengan kaki memburu,bolih dinyatakan dalam ruang komen yang disediakan dan saya abadikan dalam blog saya untuk kita tatapkan bersama sebagai satu pengelaman semasa pergi memburu.
Disini ingin saya ceritakan perkara-perkara anih yang berlaku sepanjang pengelaman saya pergi berburu. Perkara ini anih tapi betul berlaku:-
1) Pada satu hari kawan saya pergi berburu ayam hutan bersama temannya, disebuah ladang kelapa sawit. Jam 6 petang dia pun balik kerumah masing-masing dengan hasil buruan yang memuaskan. Selepas 30 minit saya dapat telipon dari isterinya mengatakan kawan saya tadi dah sampai rumah tapi tidak berhenti berkokok seperti ayam walaupun isterinya bertanya sesuatu tapi ia tetap berkokok. saya pun bergegas kerumahnya, setibanya ia tetap berkokok. Alhamdullillah, selepas ia mandi dan bersihkan badan dan sembahyang bersama barulah ia kembali normal. ANIHKAN. Bolih komen atau ceritakan pengelaman anih yang lain jika ada.
2) Ada seorang pemburu veteran agak dah berumur. Dia ada kelebehan berburu dengan cara boleh memanggil buruannya datang kepadanya sehingga dia dapat menembaknya. Adakah kerana masa itu binatang buruan masih banyak ataupan ada sesuatu kelebehan padanya. Tapi anih juga keadaan begitu.Mungkin ada pendapat lain ,boleh komen untuk kongsi pengelaman.
3) Saya pernah berburu bersama seorang pemburu lama.Kami berjalan disatu lorong didalam hutan,tiba-tiba saya ternampak seorang petani bawa cangkul untuk kekebunnya, agakan saya, Tapi kawan saya tadi terus angkat senapangnya dan menembak orang itu, selepas itu dia minta saya pergi menyembelihnya,apabila saya hampirinya, memang benar apa yang ditembaknya itu adalah seekor rusa dan sayapun menyembelihnya dengan bantuannya. Saya rasa anih juga.
4) bersambung jika ada komen atau cerita dari pemburu lain.
Sunday, October 11, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SAYA PERNAH BERBURU DENGAN SEORANG KAWAN YANG MAHIR MEMANGGIL BINATANG TERUTAMA RUSA,ADAKALANYA RUSA YANG TELAH LARI PUN KEMBALI BILA DIPANGGIL MENGGUNAKAN DAUN YANG DITIUP,MUNGKIN RUSA TERSEBUT TERTARIK DENGAN BUNYI YANG DIHASILKAN SEAKAN-AKAN BUNYI SUARA RUSA.
ReplyDeleteTerima kasih sudi berkongsi pengelaman
Delete